helpdeskbless@kuskop.gov.my
Soalan Lazim
Sesi Memuktamadkan Dokumen Pengujian Penerimaan Akhir (FAT) bagi Lesen Kelompok 1
Aktiviti BLESS Dikemaskini: 19 Aug 2026

Sesi Memuktamadkan Dokumen Pengujian Penerimaan Akhir (FAT) bagi Lesen Kelompok 1

PUTRAJAYA, 26 Jun 2026 – Bahagian BLESS telah mengadakan Sesi Memuktamadkan dan Menandatangani Dokumen Pengujian Penerimaan Akhir (Final Acceptance Test – FAT) bagi Lesen Kelompok 1 bertempat di Ruang Legar BLESS.

Sesi ini diadakan bagi memuktamadkan serta menandatangani dokumen FAT melibatkan 13 jenis lesen di bawah Kelompok 1 sebagai salah satu sumber rujukan dalam memastikan fungsi dan proses kerja bagi setiap jenis lesen bersedia sepenuhnya sebelum pengaktifan lesen yang dijadual tidak lama lagi.

Pelaksanaan sesi ini turut mencerminkan komitmen BLESS dalam memastikan setiap komponen sistem BNG melalui proses semakan dan pengujian yang komprehensif sebelum digunakan oleh pengguna.

Usaha ini diharap dapat memastikan proses pengaktifan Lesen Kelompok 1 berjalan dengan lancar, sistematik dan memenuhi keperluan yang telah ditetapkan, seterusnya menyokong kesediaan pelaksanaan Sistem BNG. 

ALIA Agen Lesen Informasi Anda
Sedia
Hai! Saya Alia. 👋
Alia Orb