bless1.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 1.0)    |    bless2.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 2.0)
1-300-88-1020
Soalan Lazim (FAQs)
logo
logo

Soalan-Soalan Lazim Soalan Lazim - FAQ

Adakah saya perlu membuat pembayaran ketika mendaftar di dalam sistem BLESS sekiranya saya mendaftar di bawah akaun individu?

BLESS tidak mengenakan sebarang bayaran pendaftaran. Walau bagaimanapun, terdapat bayaran yang dikenakan sewaktu memohon lesen/ kelulusan/ permit tertentu.

Adakah selamat maklumat yang saya sampaikan melalui Sistem BLESS?

Ya. Apabila anda telah disambungkan kepada Pelayan Web (Web Server) kami, anda akan dihubungkan dengan halaman daftar masuk BLESS menerusi Lapisan Soket Selamat (Secure Socket Layer).  Dalam halaman daftar masuk ini, anda perlu memberikan kami nombor akaun anda (nama pengguna) dan kata laluan bagi maksud pengesahan pengguna.

Apa itu BLESS?
  • BLESS adalah singkatan daripada Business Licensing Electronic Support System.
  • BLESS adalah perkhidmatan sistem secara atas talian yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan komuniti perniagaan yang ingin memulakan atau menjalankan perniagaan di Malaysia.
  • Pemohon boleh menghantar dan mengesan permohonan lesen/ kelulusan/ permit di samping membolehkan Pihak Berkuasa Melesen untuk memantau dan meluluskan permohonan melalui fungsi Track & Monitoring.

Terdapat 7 kategori pemohon di dalam sistem BLESS iaitu :

  1. ROC - Registrar of Company (Sdn Bhd, Berhad)
  2. ROB - Registrar of Business (Enterprise, Trading, etc)
  3. ROS – Registrar of Society
  4. Koperasi
  5. Agensi Kerajaan
  6. LLP – Limited Liability Partnership
  7. Individu
  • Bagi kategori ROC dan ROB terdapat integrasi bersama SSM e-info dimana pemohon perlu membuat pembelian data syarikat bagi membolehkan data tersebut ditarik masuk ke dalam sistem.
  • Bagi kategori ROS, Koperasi dan LLP pemohon hanya perlu memasukan data secara manual.
Apakah ciri-ciri utama BLESS?​

Ciri-ciri BLESS

Aplikasi BLESS merupakan ‘PUSAT SETEMPAT’ secara atas talian bagi memohon lesen/kelulusan/permit daripada agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.

Ia juga memberikan peluang kepada pemohon untuk mengesan tahap kemajuan sesuatu permohonan sehingga selesai.

Platform BLESS menyediakan ciri-ciri komunikasi dan maklum balas bagi tujuan mendapatkan maklumbalas dan penjelasan.

Apakah faedah mengisi borang permohonan bagi memperolehi lesen/kelulusan/permit melalui BLESS?

Mengisi borang permohonan secara elektronik dapat mengelakkan butiran terperinci yang tidak lengkap kerana butiran terperinci anda akan diperoleh secara langsung daripada profil pendaftaran.

BLESS membolehkan pemohon untuk memohon pelbagai jenis lesen berkaitan perniagaan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi Kerajaan.

Menerusi BLESS, permohonan akan dikemukakan kepada agensi-agensi yang berkenaan pada waktu sebenar.

Apakah jenis lesen perniagaan yang boleh dipohon menerusi BLESS?

Semakan jenis lesen boleh di buat di pautan berikut https://portal.bless.gov.my/senarai-lesen/

Apakah yang dimaksudkan dengan Pentadbir Sistem?

Apakah yang dimaksudkan dengan Pentadbir Sistem?

Pentadbir Sistem BLESS atau BLESS System Admin (BSA) ialah ahli pasukan BLESS yang bertanggungjawab dalam mentadbir Sistem Portal BLESS.

Bagaimana hendak mendaftar ID BLESS?
  • Terdapat 2 platform pendaftaran BLESS aitu BLESS 1.0 dan BLESS 2.0. Sila klik pendaftaran bagi BLESS 1.0 bagi permohonan lesen selain dari lesen di bawah selian KPDN.
  • Pemohon perlu membuat pendaftaran dengan menekan pautan to register with BLESS di laman utama portal BLESS
  • Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang diminta bagi tujuan pendaftaran akaun BLESS. Masukkan User ID dengan menggunakan No MyKad, nama dan alamat adalah sebagaimana di MyKad kerana BLESS membuat pengesahan identiti dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Pemohon juga perlu memasukkan alamat emel yang aktif kerana segala notifikasi BLESS akan dihantar ke dalam emel pemohon.
  • Pastikan mandotary field yang bertanda * lengkap diisi, kemudian tekan butang “submit
  • Pemohon perlu mengaktifkan akaun BLESS terlebih dahulu untuk pertama kali sebelum log masuk ke dalam sistem BLESS

Nota : 
BLESS tidak mengenakan sebarang bayaran pendaftaran. Walau bagaimanapun, terdapat bayaran yang dikenakan sewaktu memohon lesen/ kelulusan/ permit tertentu.

Bagaimana hendak menetapkan semula alamat e-mel yang didaftarkan?

Klik "Forgot Registered Email" sekiranya pemohon ingin mengemaskini alamat e-mel yang didaftarkan.

Bagaimana hendak menetapkan semula kata laluan?
  1. Jika pemohon terlupa kata laluan, sila klik pada pautan “Click Here” pada bahagian “Forgot your password” untuk Bless 1.0 dan “Forget Password?” untuk Bless 2.0.
  2. Masukkan maklumat User ID, Email dan Verification code. Klik butang "submit"
  3. Seterusnya Notifikasi pemakluman Reset Password akan dihantar melalui e-mel yang didaftarkan di dalam BLESS.
  4. Log semula menggunakan user ID dan juga password sementara tersebut
Bagaimana hendak mengesahkan atau mengaktifkan ID di dalam BLESS?
  1. Sekiranya pendaftaran ID BLESS telah berjaya, pemohon akan menerima satu emel bertajuk “BLESS e-Registration Validation”.
  2. Klik pada pautan laman web yang terpapar. Sekiranya link yang diberi tidak berfungsi (link tidak boleh klik) sila “copy” dan “paste” URL tersebut pada ruangan URL browser dan tekan "enter".
  3. Satu tetingkap baru dengan mesej “Your account has been successfully activated” akan dipaparkan.
  4. Masukkan user ID dan kata laluan. Kemudian tekan butang “Sign In” dan pemohon boleh mula melakukan permohonan lesen.
Bagaimana hendak menyemak status permohonan lesen?
  1. Klik pada butang “SEMAK STATUS PERMOHONAN” seperti di laman utama portal BLESS https://portal.bless.gov.my
  2. Untuk carian berdasarkan Jenis Organisasi, sila buat pilihan berdasarkan “dropdown list” yang disediakan.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan.
  4. Untuk membuat carian berdasarkan No.Pendaftaran, sila masukkan samada No. Pendaftaran Syarikat atau No. MyKad.
  5. Untuk membuat carian berdasarkan No.Rujukan, sila masukkan nombor serahan BLESS. Contoh: BL2014050246.
  6. Selepas memasukkan maklumat berkaitan, sila klik butang “Hantar”.
  7. Selepas proses penghantaran selesai, status keputusan akan dipaparkan di bahagian bawah halaman.
  8. Sekiranya ingin membuat semakan status permohonan yang lain sila klik butang “Padam”.

Nota:
Pemohon akan menerima notis tentang status permohonan pemohon menerusi e-mel apabila agensi mengemaskini status sesuatu permohonan.

Bagaimana saya boleh mendaftarkan syarikat saya dengan BLESS?
  1. Daftarkan maklumat individu dengan BLESS. Sila klik imej “Mohon Lesen Perniagaan Di Sini” yang terdapat di bahagian bawah halaman utama Portal BLESS. Teruskan dengan pendaftaran individu.
  2. Dengan menggunakan kata laluan individu tersebut, sila masuk ke dalam aplikasi BLESS.
  3. Klik tab “Update Profile
  4. Klik sub tab “Company Profile
  5. Masukkan nombor pendaftaran syarikat anda dan teruskan dengan butang “Update
  6. Sahkan nama syarikat anda dan teruskan dengan membuat bayaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Bayaran bagi pendaftaran ini adalah sebanyak RM 15.90.
  7. Sahkan butiran terperinci syarikat anda sebelum meneruskan muat turun butiran maklumat syarikat anda ke dalam BLESS.

Nota :

  • Butiran syarikat akan dimaklumkan kepada agensi-agensi berkaitan yang memproses permohonan lesen anda. Anda tidak lagi perlu mengemukakan dokumen syarikat seperti Borang 24 dan Borang 49.
  • Nama syarikat yang berbeza di bawah pemilik yang sama boleh didaftarkan dalam BLESS.
Bagaimana untuk memohon lesen berkaitan perniagaan dengan menggunakan BLESS?

Langkah-Langkah Permohonan Lesen :

  1. Daftar butiran peribadi dan syarikat bagi mewujudkan akaun pengguna BLESS
  2. Daftarkan perunding (jika perlu).
  3. Daftar masuk ke aplikasi utama BLESS untuk memohon lesen berkaitan perniagaan.
  4. Klik pada pautan “SUBMISSION” di laman utama dan pilih jenis lesen yang dipohon.
  5. Lengkapkan borang komposit dan hantar permohonan secara serentak.

Pemohon boleh memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan bagi lesen/kelulusan/permit/ yang dimohon melalui aplikasi BLESS ini

Bagaimanakah cara saya mengemukakan pertanyaan dan maklum balas antara pemohon dengan agensi?

Anda boleh menggunakan fungsi pertanyaan dan maklum balas pada maklumat lesen perniagaan yang terdapat di portal. Fungsi ini boleh digunakan oleh pengguna untuk mengemukakan soalan dan menyediakan kemudahan perbincangan antara pemohon dengan agensi. Sila rujuk pada ‘BANTUAN’ bagi mengetahui fungsi ini dengan lebih lanjut.

Bolehkah perunding yang sama membuat pendaftaran bagi lebih dari satu pemilik perniagaan dalam BLESS?

Ya. Perunding yang sama boleh membuat pendaftaran bagi lebih daripada satu pemilik perniagaan dalam BLESS.

Bolehkah saya membuat perubahan terhadap borang permohonan yang telah dihantar?

Tidak. Sebarang perubahan hanya boleh dibuat apabila diminta oleh agensi yang berkaitan.

Bolehkah saya memuat naik dokumen sokongan ke dalam BLESS semasa membuat permohonan?

Ya. BLESS menyediakan kemudahan untuk membenarkan pemohon memuat naik dokumen sokongan.

Bolehkah saya mendaftar di BLESS tanpa nombor pendaftaran syarikat?

Boleh. Tetapi anda hanya boleh mendaftarkan butiran peribadi sahaja.

Bolehkah saya menyimpan borang permohonan yang tidak lengkap?

Anda boleh menyimpan borang permohonan yang tidak lengkap dengan menekan butang "Save" di bahagian bawah borang

Bolehkah syarikat berbeza di bawah pemilik yang sama didaftarkan dalam BLESS?

Ya. Nama syarikat yang berbeza di bawah pemilik yang sama boleh didaftarkan dalam BLESS.

Cara menyemak permohonan

Pengguna akan menerima notis tentang status permohonan mereka menerusi e-mel apabila agensi mengemaskini status sesuatu permohonan.

Status permohonan juga boleh disemak melalui modul Track & Monitoring dan modul semakan pantas.

  1. Aplikasi BLESS
    • Semak melalui modul Track & Monitoring
  2. Aplikasi mudah alih MyBLESS
    • Semak melalui modul Track & Monitoring
    • Semak melalui Semakan Pantas
  3. Portal BLESS
Dimanakah saya boleh menyemak borang permohonan?

Pemohon akan menerima notis tentang status permohonan pemohon menerusi e-mel apabila agensi mengemaskini status sesuatu permohonan.

Kelebihan BLESS

Merupakan sebuah pusat hentian setempat yang membolehkan pelanggan untuk menghantar dan mengesan sesuatu permohonan di samping membolehkan pegawai untuk memantau dan meluluskan permohonan.

Menjimatkan masa dan tenaga pemohon kerana pemohon tidak perlu pergi ke pelbagai agensi Kerajaan untuk menyerahkan permohonan mereka. Pemohon hanya perlu menghantar borang permohonan secara atas talian dan tidak perlu hadir ke agensi kerajaan untuk menyerahkan borang tersebut (kecuali permohonan lesen dibawah agensi PDRM).

Objektif BLESS

Mewujudkan One Stop Online Service (OSC) untuk pencarian maklumat pelesenan dan permohonan lesen.

Menyediakan perkhidmatan semakan status permohonan.

Mewujudkan Repositori Maklumat Lesen Perniagaan.

Menyediakan perkhidmatan memproses dan melulus permohonan lesen secara atas talian (end to end)

Pembayaran Atas Talian

Apakah kaedah pembayaran yang diterima melalui Sistem BLESS?

BLESS menyediakan gerbang pembayaran atas talian bagi lesen perniagaan yang dimohon. Buat masa ini, BLESS menerima pembayaran secara atas talian menerusi kad kredit Master/Visa atau FPX. Walaubagaimanapun pemohon masih boleh membuat pembayaran secara manual di Pihak Berkuasa Melesen berkaitan, dan memasukkan kod transaksi bayaran tersebut ke dalam BLESS bagi tujuan semakan.

Pembelian Data SSM

Terdapat dua pilihan cara pembelian data SSM dalam sistem BLESS sama ada melalui online banking atau kad kredit

BLESS 1.0

Pembelian maklumat SSM baharu.

  1. Daftarkan diri anda dengan BLESS sekiranya belum.
  2. Dengan menggunakan kata laluan individu tersebut, sila masuk ke dalam aplikasi BLESS.
  3. Klik tab “Update Profile”.
  4. Klik sub tab “Organisation Profile”
  5. Untuk pembelian maklumat baharu, klik butang “Add New”.
  6. Masukkan nombor pendaftaran syarikat dan pilih jenis organisasi (Company/Business). Isi maklumat organisasi anda yang berkaitan dan klik butang “Create New”.
  7. Sahkan nama syarikat anda dan teruskan dengan membuat bayaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Amaun bayaran bagi pembelian maklumat syarikat ini adalah tertakluk kepada SSM.
  8. Sahkan butiran terperinci syarikat anda sebelum meneruskan muat turun butiran maklumat syarikat anda ke dalam BLESS.

Pengemaskinian maklumat SSM sedia ada.

  1. Daftarkan diri anda dengan BLESS jika belum.
  2. Dengan menggunakan kata laluan individu tersebut, sila masuk ke dalam aplikasi BLESS.
  3. Klik tab “Update Profile”
  4. Klik sub tab “Organisation Profile”
  5. Untuk mengemaskini maklumat sedia ada, klik pada pautan “Organisation No” yang berkaitan.
  6. Kemudian klik Update.
  7. Sahkan nama syarikat anda dan teruskan dengan membuat bayaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Amaun bayaran bagi pembelian maklumat syarikat ini adalah tertakluk kepada SSM.
  8. Sahkan butiran terperinci syarikat anda sebelum meneruskan muat turun butiran maklumat syarikat anda ke dalam BLESS.

BLESS 2.0

Pembelian maklumat SSM baharu.

  1. Daftarkan diri anda dengan BLESS jika belum.
  2. Dengan menggunakan kata laluan individu tersebut, sila masuk ke dalam aplikasi BLESS.
  3. Klik menu “User Profile” > “Organisation”
  4. Untuk pembelian maklumat baharu, klik butang “Add”.
  5. Pilih Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk dropdown Organisation Registration Authority.
  6. Masukkan nombor pendaftaran syarikat dan pilih jenis organisasi (Company/Business). Isi maklumat organisasi anda yang berkaitan dan klik butang “Save”.
  7. Sahkan nama syarikat anda dan teruskan dengan membuat bayaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Amaun bayaran bagi pembelian maklumat syarikat ini adalah tertakluk kepada SSM.
  8. Sahkan butiran terperinci syarikat anda sebelum meneruskan muat turun butiran maklumat syarikat anda ke dalam BLESS.

Pengemaskinian maklumat SSM sedia ada.

  1. Daftarkan diri anda dengan BLESS jika belum.
  2. Dengan menggunakan kata laluan individu tersebut, sila masuk ke dalam aplikasi BLESS.
  3. Klik menu “User Profile” > “Organisation”
  4. Untuk mengemaskini maklumat sedia ada, tick pada checkbox organisasi yang berkaitan dan klik butang Edit.
  5. Klik butang Repurchase SSM e-Info.
  6. Sahkan nama syarikat anda dan teruskan dengan membuat bayaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Amaun bayaran bagi pembelian maklumat syarikat ini adalah tertakluk kepada SSM.
  7. Sahkan butiran terperinci syarikat anda sebelum meneruskan muat turun butiran maklumat syarikat anda ke dalam BLESS.

Bahagian Business Licensing Electronic Support System (BLESS),
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),
Aras 5, Setia Perkasa 5, Kompleks Setia Perkasa,
62546 WP PUTRAJAYA

1-300-88-1020

2.937518, 101.704347

bless1.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 1.0)
bless2.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 2.0)

Dasar Privasi || Dasar Keselamatan || Penafian || Hubungi Kami

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Chrome versi 53.0.2785.144, Mozilla Firefox 8.0 dan Internet Explorer versi 8.0 dengan resolusi 1024 X 768

© Hakcipta - Bahagian Business Licensing Electronic Support System (BLESS)

chevron-down