Ketahui BLESS ialah inisiatif yang memacu kemudahan, kecekapan dan ketelusan dalam urusan permohonan lesen perniagaan Mengenai
Kami

Mengenai Kami Latar
Belakang
Merupakan satu platform digital bersepadu yang dibangunkan bagi memproses lesen-lesen perniagaan Persekutuan secara hujung ke hujung bermula daripada permohonan, pembayaran dan cetakan lesen perniagaan.
MENGENAI KAMI

Evolusi BLESS

1 / 9

INISIATIF PEMBANGUNAN BLESS

2007

Cadangan pembangunan BLESS diluluskan melalui Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) pada 30 Mac 2007. Pada ketika itu, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) telah diberikan tanggungjawab untuk membangunkan sistem ini.

PEMBANGUNAN BLESS 1.0 (FASA I)

2007

Pembangunan lesen perniagaan baharu bagi sektor perkilangan, pembinaan dan perhotelan daripada 45 Pihak Berkuasa Melesen (PBM) yang beroperasi di Lembah Klang. Portal dan Aplikasi BLESS dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri pada 5 September 2008.

PEMBANGUNAN BLESS 1.0 (FASA II dan III)

2010

Perluasan sistem ke luar Lembah Klang bagi lesen perniagaan Persekutuan ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

PEMBANGUNAN BLESS 2.0

2017

Pembangunan bagi mendigitalkan lesen-lesen di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika itu

PERPINDAHAN BLESS KE KUSKOP

2018

BLESS diletakkan di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

PEMBANGUNAN APLIKASI MyBLESS (Versi 1)

2021

Aplikasi mudah alih MyBLESS dibangunkan untuk semakan dan paparan maklumat serta status permohonan lesen dalam Sistem BLESS dengan lebih pantas.

PENINGKATAN APLIKASI MyBLESS (Versi 2)

2023

Aplikasi mudah alih MyBLESS versi 2 dibangunkan dengan penambahan modul seperti menyemak permohonan dan lesen yang telah dimohon atau sedang diproses, menyemak pengumuman terkini berkaitan sistem atau aktiviti BLESS, mendapat panduan mengenai tatacara atau senarai semak permohonan lesen serta mendapatkan maklumat mengenai senarai latihan berkaitan Modul BLESS.

PEMBANGUNAN BLESS GENERASI BAHARU (BNG)

2023

Pembangunan ini dilaksanakan bagi menambah baik sistem sedia ada serta mengintegrasikan semua sistem berkaitan ke dalam satu platform tunggal. Sebanyak 80 lesen telah ditempatkan dalam sistem ini.

PELANCARAN PORTAL DAN APLIKASI BLESS GENERASI BAHARU (BNG)

2026

Pelancaran Kelompok 1 (Release 1) sistem BLESS Generasi Baharu (BNG) dilaksanakan pada 7 September 2026 dengan melibatkan enam (6) daripada empat belas (14) jenis lesen KPDN, manakala baki lesen KPDN akan diintegrasikan pada Oktober 2026.

MENGENAI KAMI

Objektif

SECARA DALAM TALIAN 

Memperkasa penyampaian perkhidmatan digital kepada kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan melalui penyediaan platform bersepadu bagi pengurusan lesen, kelulusan, permit perniagaan dan perakuan secara dalam talian.

BERSEPADU & BERPUSAT

Menyediakan platform digital bersepadu bagi permohonan lesen, kelulusan, permit perniagaan dan perakuan secara hujung ke hujung (end-to-end) dengan pengalaman pengguna yang lebih mudah dan lancar.

SOKONGAN INTERAKTIF

Menyediakan perkhidmatan sokongan pelanggan, konsultasi dan bimbingan secara dalam talian bagi memudahkan pengguna mendapatkan bantuan dan berinteraksi dengan lebih berkesan.

SEMAKAN PANTAS

Menyediakan kemudahan semakan status permohonan lesen, kelulusan, permit dan perakuan secara dalam talian kepada komuniti perniagaan dan pemain Industri.

REPOSITORI DIGITAL

Mewujudkan repositori digital berpusat bagi data pelesenan perniagaan dan pemain industri untuk capaian maklumat, carian dan rujukan secara lebih efisien.
MENGENAI KAMI

Proses Pendigitalan Lesen  
BLESS GENERASI BAHARU (BNG)

1. Pengumpulan Maklumat Lesen

Proses ini melibatkan pengumpulan dan pengesahan maklumat lesen daripada agensi pemilik proses bagi tujuan penyediaan keperluan pendigitalan lesen, meliputi butiran lesen, perundangan, syarat permohonan, dokumen sokongan, kadar fi (jika berkenaan) serta aliran proses kerja.

2. Pelaksanaan Bengkel Perekayasaan Proses dan Keperluan Sistem 

Pelaksanaan bengkel bersama agensi pemilik proses bagi perekayasaan proses bisnes (BPR), penyediaan keperluan dan spesifikasi sistem serta pemuktamadan keperluan penguna sistem (URS & SFS) sebelum pembangunan dilaksanakan.

3. Penyediaan Prototaip Lesen

Penyediaan prototaip awal lesen dalam Sistem BLESS Generasi Baharu (BNG) bagi tujuan semakan, pengesahan dan persetujuan awal oleh agensi Pihak Berkuasa Melesen (PBM) sebelum pembangunan dilaksanakan.

4. Pembangunan Lesen dalam Sistem BLESS Generasi Baharu (BNG)

Pembangunan dan konfigurasi modul lesen dalam Sistem BLESS berdasarkan keperluan yang dipersetujui melalui dokumen BPR, URS dan SFS termasuk aliran kerja, fungsi sistem, syarat permohonan, dokumen sokongan dan integrasi berkaitan.

5. Ujian Penerimaan Pengguna (UAT)

Pelaksanaan Pengujian Penerimaan Pengguna (UAT) oleh agensi PBM bagi mengesahkan fungsi, proses kerja dan konfigurasi lesen yang dibangunkan sebelum pelaksanaan di persekitaran sebenar.

6. Ujian Penerimaan Produksi  
(PAT)

Pengujian dan pengesahan lesen dalam persekitaran produksi bagi memastikan bagi memastikan kesiapsiagaan sistem, ketepatan konfigurasi,, aliran proses dan fungsi sistem beroperasi dengan baik sebelum pelaksanaan rasmi.

7. Pengujian Penerimaan Akhir
(FAT)

Pengesahan akhir oleh agensi PBM bagi memastikan pembangunan lesen memenuhi keperluan bisnes, fungsi sistem dan proses operasi sebelum capaian dibuka kepada pengguna awam.

8.  Pelancaran Sistem BLESS Generasi Baharu (BNG)

Pelaksanaan lesen ke persekitaran sebenar Sistem BLESS Generasi Baharu (BNG) selepas selesai proses pengujian dan pengesahan bagi membolehkan penggunaan oleh agensi dan pihak berkepentingan, diikuti dengan majlis pelancaran rasmi sistem kepada pengguna awam.

9. Latihan, Promosi dan Pengurusan Perubahan (Change Management)

Pelaksanaan aktiviti pengurusan perubahan  melalui latihan, hebahan dan perkhidmatan sokongan kepada pegawai agensi secara berterusan.

10. Penerbitan Lesen untuk capaian umum secara berfasa.

Pembangunan lesen dalam Sistem BNG dilaksanakan secara berfasa. Setiap fasa akan melalui keseluruhan kitaran proses bermula daripada pengumpulan keperluan sehingga penerbitan lesen untuk capaian umum. Kitaran ini akan diulang sehingga kesemua 80 lesen berjaya dibangunkan, diuji, disahkan dan diterbitkan.
ALIA Agen Lesen Informasi Anda
Sedia
Hai! Saya Alia. 👋
Alia Orb