Bengkel Penyediaan Dokumen SDS dan Pelan Integrasi BLESS Generasi Baharu
PUTRAJAYA, 3 Oktober 2024 – Bengkel Penyediaan Dokumen Software Design Specification (SDS) dan Pelan Integrasi BLESS Generasi Baharu (BNG) telah diadakan pada 1 hingga 3 Oktober 2024 bagi memuktamadkan dokumen reka bentuk sistem serta pelan integrasi bagi pembangunan BNG.
Bengkel ini merupakan platform penting bagi pasukan pembangunan untuk menyelaras dan memperincikan reka bentuk sistem, fungsi aplikasi serta keperluan integrasi yang akan dilaksanakan dalam pembangunan BLESS Generasi Baharu.
Melalui bengkel ini, aspek teknikal dan keperluan sistem telah dibincangkan secara menyeluruh bagi memastikan dokumen SDS dan pelan integrasi yang disediakan adalah selaras dengan keperluan pembangunan sistem serta dapat dijadikan rujukan dalam fasa pelaksanaan seterusnya.
Hasil bengkel ini telah memperincikan keperluan pengguna serta mengenal pasti penambahbaikan terhadap fungsi dan aliran proses BLESS Generasi Baharu, sekali gus menyokong pembangunan sistem yang lebih terancang, sistematik dan berorientasikan keperluan pengguna.


