helpdeskbless@kuskop.gov.my
Soalan Lazim
Bengkel Semakan Dokumen URS, BRS, SRS dan SDS bagi Pembangunan Aplikasi Utama dan Portal BLESS Generasi Baharu (BNG)
Aktiviti BLESS Dikemaskini: 21 Aug 2026

Bengkel Semakan Dokumen URS, BRS, SRS dan SDS bagi Pembangunan Aplikasi Utama dan Portal BLESS Generasi Baharu (BNG)

CYBERJAYA, 2 Ogos 2024 – Bengkel Semakan Dokumen User Requirement Specification (URS), Business Requirement Specification (BRS), System Requirement Specification (SRS) dan System Design Specification (SDS) bagi Pembangunan Aplikasi Utama dan Portal BLESS Generasi Baharu (BNG) telah diadakan pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2024 bertempat di Citadines D’Pulze, Cyberjaya.

Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 21 orang pegawai BLESS dan menjadi platform bagi melaksanakan semakan serta pemurnian terhadap dokumen-dokumen utama yang akan digunakan sebagai rujukan sewaktu tempoh pembangunan Aplikasi Utama dan Portal BNG.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta telah meneliti kandungan dokumen URS, BRS, SRS dan SDS bagi memastikan keperluan pengguna, spesifikasi sistem dan reka bentuk sistem yang ditetapkan adalah jelas, lengkap dan memenuhi keperluan pengguna.

Sesi semakan ini turut membolehkan sebarang ketidak selarasan, keperluan tambahan dan perkara yang memerlukan penambahbaikan dikenal pasti serta dimurnikan sebelum pembangunan sistem diteruskan.

Hasil bengkel ini diharap dapat memastikan dokumen spesifikasi yang disediakan menjadi rujukan yang komprehensif dan tepat, sekali gus menyokong pelaksanaan pembangunan BLESS Generasi Baharu yang lebih tersusun, berkesan dan memenuhi keperluan pengguna.

ALIA Agen Lesen Informasi Anda
Sedia
Hai! Saya Alia. 👋
Alia Orb