Latihan Pembangunan Tenaga Pengajar (PTP) bersama Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
PUTRAJAYA, 3–6 Ogos 2026 – Sesi Latihan Pembangunan Tenaga Pengajar (PTP) Sistem BLESS Generasi Baharu (BNG) bagi Lesen Mengilang, Menternak, Borong, Runcit (CSA) serta Lesen Alat Timbang dan Sukat (ATS) telah berjaya dilaksanakan di Dewan Aras 6, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Putrajaya.
Program ini melibatkan pegawai KPDN yang bertanggungjawab mengendalikan Sistem BNG termasuk pegawai yang berperanan sebagai Pentadbir Sistem Agensi (ASA). Latihan ini memberi penekanan kepada pemahaman peserta terhadap fungsi, modul dan proses kerja dalam Sistem BNG selain meningkatkan kompetensi pegawai dalam mengendalikan sistem secara cekap dan teratur.
Melalui pendekatan PTP, peserta turut diberi pendedahan untuk menjadi pelatih rintis BNG yang berupaya membantu membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada pengguna lain di peringkat agensi masing-masing. Pelaksanaan latihan ini merupakan antara usaha berterusan BLESS bersama KPDN dalam memastikan proses peralihan daripada BLESS 2.0 kepada Sistem BLESS Generasi Baharu (BNG) dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.


