Integrasi Data Masa Nyata (Real-Time Integration)
Semakan Maklumat Perniagaan dan Identiti Secara Automatik
BLESS Generasi Baharu (BNG) mengintegrasikan data secara masa nyata (real-time) dengan agensi kerajaan bagi memastikan maklumat yang digunakan dalam permohonan lesen adalah tepat, terkini dan sah.
Agensi yang terlibat
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Jabatan Digital Negara (JDN)
Manfaat Integrasi Data Masa Nyata
✔️ Maklumat disahkan secara automatik.
✔️ Mengurangkan pengisian data secara manual.
✔️ Mengurangkan ralat atau maklumat yang tidak tepat.
✔️ Mempercepatkan proses permohonan dan pembaharuan lesen.
✔️ Meningkatkan ketepatan serta keselamatan data.