bless1.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 1.0)    |    bless2.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 2.0)
1-300-88-1020
Soalan Lazim (FAQs)
logo
logo

SOALAN LAZIM  - FAQ

Apa itu BLESS?
  • BLESS adalah singkatan daripada Business Licensing Electronic Support System atau dalam Bahasa Malaysia, Sistem Pelesenan Perniagaan Malaysia. 
  • BLESS adalah portal perkhidmatan secara atas talian yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan para peniaga yang ingin memulakan atau menjalankan perniagaan di Malaysia. 
  • BLESS menyediakan akses maklumat yang luas tentang Kerajaan dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perniagaan. 
  • BLESS juga menyediakan sistem penghantaran secara atas talian bagi permohonan lesen/kelulusan/permit, serta sistem pengesanan secara atas talian bagi mengesan status permohonan yang dibuat menerusi BLESS.
Apakah kelebihan BLESS?

BLESS menyediakan :

  • Capaian mudah terhadap maklumat-maklumat berkaitan dengan menjalankan perniagaan di Malaysia kepada orang awam serta pelabur dan peniaga tempatan dan luar negeri.
  • Merupakan sebuah pusat setempat yang membolehkan pelanggan untuk menghantar dan mengesan sesuatu permohonan di samping membolehkan stakeholder untuk memantau dan meluluskan permohonan. 
  • Pemohon tidak perlu pergi ke pelbagai agensi Kerajaan untuk menyerahkan permohonan mereka.
Apakah ciri-ciri utama BLESS?
  • Portal BLESS merupakan ‘PUSAT SETEMPAT’ secara atas talian bagi memohon lesen/kelulusan/permit daripada agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.
  • Ia juga memberikan peluang kepada pemohon untuk mengesan tahap kemajuan sesuatu permohonan sehingga selesai.
  • Platform BLESS menyediakan ciri-ciri komunikasi dan maklum balas bagi tujuan mendapatkan maklumbalas dan penjelasan.
Apakah jenis lesen perniagaan yang boleh dipohon menerusi BLESS?

Semua lesen/kelulusan/permit bagi menjalankan perniagaan dalam semua sektor ekonomi di Malaysia boleh dipohon menerusi BLESS.

Apakah faedah mengisi borang permohonan bagi memperolehi lesen/ kelulusan/permit melalui BLESS?
  • Mengisi borang permohonan secara elektronik dapat mengelakkan butiran terperinci yang tidak lengkap kerana butiran terperinci anda akan diperoleh secara langsung daripada profail pendaftaran.
  • BLESS membolehkan pemohon untuk memohon pelbagai jenis lesen berkaitan perniagaan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi Kerajaan yang berbeza di satu tempat dan pada suatu ketika.
  • Menerusi BLESS, permohonan akan dikemukakan kepada agensi-agensi yang berkenaan pada waktu sebenar.
Adakah maklumat yang saya sampaikan menerusi BLESS dijamin selamat?

Ya. Apabila anda telah disambungkan kepada Pelayan Web kami, anda akan dihubungkan dengan halaman daftar masuk BLESS menerusi Lapisan Soket Selamat (secure socket layer).  Dalam halaman daftar masuk ini, anda perlu memberikan kami nombor akaun anda (nama pengguna) dan kata laluan bagi maksud pengesahan pengguna.

Bagaimana hendak mendaftar ID BLESS anda?
  1. Lawati Laman Web BLESS di alamat http://www.bless.gov.my/bless/ menggunakan pelayar Mozilla Firefox.


  2. Klik pada link Pendaftaran.


  3. Pilih BLESS 1.0 (Pelesenan selain KPDNHEP) atau BLESS 2.0 (Pelesenan KPDNHEP)


  4. Klik pada pautan “To register with BLESS, click here” dan satu borang akan terpapar seperti di bawah.



  5. Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang tersebut.


  6. Pastikan anda klik pada “kotak pengesahan” apabila selesai mengisi borang.
  7. Klik pada “Submit” untuk menghantar permohonan ini.
  8. Klik pada butang “Close” jika anda ingin membatalkan urusan.
  9. Kotak mesej akan dipaparkan selepas pendaftaran berjaya dihantar. Semak emel anda dalam masa 20 minit untuk verifikasi akaun.
  10. Klik ‘Ok’ untuk tutup paparan mesej. Rujuk skrin di atas.
Bagaimana hendak mengesahkan atau mengaktifkan ID di dalam BLESS?
  1. Sekiranya pendaftaran ID BLESS anda telah berjaya, satu emel verifikasi akaun akan dihantar. Emel tersebut bertajuk: “BLESS e-Registration Validation”.
  2. Klik pada pautan laman web yang terpapar. Sekiranya link yang diberi tidak berfungsi (link tidak boleh klik) sila “copy” dan “paste”  URL tersebut pada ruangan URL browser anda dan  klik “enter“.
  3. Satu tetingkap baru dengan mesej Your account has been successfully activated” akan dipaparkan.
  4.  Masukkan user ID dan kata laluan. Kemudian klik butang “Sign In”.



Lupa Kata Laluan & Bagaimana hendak menetapkan semula kata laluan?
  1. Jika terlupa kata laluan, sila klik pada pautan “Click Here” pada bahagian “Forgot your password”.



Dimanakah saya boleh menyemak status permohonan?

Pengguna akan menerima notis tentang status permohonan mereka menerusi e-mel apabila agensi mengemaskinikan status sesuatu permohonan. Sistem ini akan menghubungkan pemohon dengan BLESS bagi memudahkan mereka membuat semakan.

Apakah yang anda maksudkan dengan Pentadbir Sistem?
  1. Operator Bantuan BLESS – ahli pasukan BLESS yang memberikan khidmat bantuan kepada pengguna-pengguna Sistem Portal BLESS
  2. Pentadbir Sistem BLESS – ahli pasukan BLESS yang bertanggungjawab dalam mentadbir Sistem Portal BLESS
Bolehkah saya menyimpan (save) borang permohonan yang separuh lengkap?

Ya. Anda boleh menyimpan borang permohonan yang separuh lengkap.

Bolehkah saya membuat perubahan terhadap borang permohonan yang telah dihantar?

Tidak. Sebarang perubahan hanya boleh dibuat apabila diminta oleh agensi yang berkaitan.

Bolehkah saya mendaftar di BLESS tanpa nombor pendaftaran syarikat?

Boleh. Tetapi anda hanya boleh mendaftarkan butiran peribadi sahaja.

Adakah saya perlu membuat bayaran ketika mendaftar dengan BLESS, sekiranya saya mendaftar di bawah akaun individu?

BLESS tidak mengenakan sebarang bayaran pendaftaran. Walau bagaimana pun terdapat bayaran yang dikenakan sewaktu memohon lesen/ kelulusan/ permit tertentu.

Bagaimana saya boleh mengemukakan pertanyaan dan maklum balas? Adakah terdapat sebarang kemudahan yang membolehkan perbincangan antara pemohon dengan agensi?

Anda boleh menggunakan fungsi pertanyaan dan maklum balas pada maklumat lesen perniagaan yang terdapat di portal. Fungsi ini boleh digunakan oleh pengguna untuk mengemukakan soalan dan menyediakan kemudahan perbincangan antara pemohon dengan agensi. Sila rujuk pada ‘BANTUAN’ bagi mengetahui fungsi ini dengan lebih lanjut.

Bagaimana untuk memohon lesen berkaitan perniagaan dengan menggunakan BLESS?

Langkah 1 : Daftar butiran peribadi dan syarikat anda bagi mewujudkan akaun pengguna BLESS

Langkah 2 : Daftarkan perunding anda (jika perlu).

Langkah 3 : Daftar masuk ke aplikasi utama BLESS untuk memohon lesen berkaitan perniagaan.

Langkah 4 : Klik pada pautan “SUBMISSION” di laman utama dan pilih jenis lesen yang dipohon.

Langkah 5 : Lengkapkan borang komposit dan hantar permohonan secara serentak.

Bolehkah saya muat naik dokumen sokongan ke dalam BLESS semasa membuat permohonan?

Ya. BLESS menyediakan kemudahan untuk membenarkan pemohon muat naik dokumen sokongan mereka.

Jika saya perlu membuat pembayaran untuk sesuatu permohonan lesen berkaitan perniagaan, apakah yang perlu saya lakukan?

BLESS menyediakan gerbang pembayaran atas talian yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi untuk menerima sebarang bayaran yang berkaitan dengan lesen perniagaan. Buat masa ini, BLESS menerima pembayaran secara atas talian menerusi kad kredit Master/Visa atau FPX.Walau bagaimana pun pemohon masih boleh membuat pembayaran secara biasa masih boleh dibuat di agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, dan memasukkan kod transaksi bayaran tersebut ke dalam BLESS bagi tujuan semakan.

Bolehkah syarikat yang berbeza di bawah pemilik yang sama didaftarkan dalam BLESS?

Ya. Nama syarikat yang berbeza di bawah pemilik yang sama boleh didaftarkan dalam BLESS.

Bolehkah perunding yang sama membuat pendaftaran bagi lebih daripada satu pemilik perniagaan dalam BLESS?

Ya. Perunding yang sama boleh membuat pendaftaran bagi lebih daripada satu pemilik perniagaan dalam BLESS.

Bagaimana saya boleh mendaftarkan syarikat saya dengan BLESS?

Langkah 1: Daftarkan diri anda dengan BLESS. Sila klik imej “Mohon Lesen Perniagaan Di Sini” yang terdapat di bahagian bawah halaman utama Portal BLESS.  Teruskan dengan pendaftaran individu.

Langkah 2 : Dengan menggunakan kata laluan individu tersebut, sila masuk ke dalam aplikasi BLESS.

Langkah 3 : Klik tab “Update Profile”

Langkah 4 :Klik sub tab “Company Profile”

Langkah 5 : Masukkan nombor pendaftaran syarikat anda dan teruskan dengan  butang “Update”

Langkah 6 : Sahkan nama syarikat anda dan teruskan dengan membuat bayaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.  Bayaran bagi pendaftaran ini adalah sebanyak RM 15.90.

Langkah 7 : Sahkan butiran terperinci syarikat anda sebelum meneruskan muat turun butiran maklumat syarikat anda ke dalam BLESS.

Nota : Butiran syarikat anda akan dimaklumkan kepada agensi-agensi berkaitan yang memproses permohonan lesen anda.  Anda tidak lagi perlu mengemukakan dokumen syarikat seperti Borang 24 dan Borang 49.

Bagaimana hendak semak status permohonan lesen?
  1. Lawati Laman Web BLESS di alamat https://www.bless.gov.my .
  2. Klik pada butang “SEMAK STATUS PERMOHONAN”.
  3. Untuk carian berdasarkan Jenis Organisasi, sila buat pilihan berdasarkan “dropdown list” yang disediakan.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan.
  5. Untuk membuat carian berdasarkan No.Pendaftaran, sila masukkan samada No. Pendaftaran Syarikat atau No. MyKad.
  6. Untuk membuat carian berdasarkan No.Rujukan, sila masukkan nombor serahan BLESS. Contoh: BL2014050246.
  7. Selepas memasukkan maklumat berkaitan, sila klik butang “Hantar”.
  8. Selepas proses penghantaran selesai, status keputusan akan dipaparkan di bahagian bawah halaman.
  9. Sekiranya ingin membuat semakan status permohonan yang lain sila klik butang “Padam”.
Bagaimana hendak “Allow Pop Up Blocker”?

Allow Pop Up Blocker

  • Panduan pertama
  1. Apabila pemohon telah berjaya memasukkan borang permohonan ke dalam “Tray”, mereka akan memilih tindakan di bawah modul “Action” untuk meneruskan permohonan.
  2. Untuk mengisi borang permohonan sila klik butang ini > .
  3. Seringkali pemohon gagal membuka borang permohonan kerana wujudnya “Pop Up Blocker” pada browser Mozilla Firefox.
  4. Pemohon hendaklah klik pada butang “Option” untuk membenarkan “Pop Up Blocker” bagi membolehkan borang dipaparkan pada skrin komputer anda.
  5. Setelah tekan butang “Option”, sila klik pada pilihan “Allow pop-ups for open.bless.gov.my”.
  6. Sila klik ikon “Fill Up Form” >  sekali lagi untuk membuka borang permohonan anda.
  7. Borang permohonan akan dipaparkan seperti di atas. Anda telah berjaya membuka borang Permohonan di atas talian.
  • Panduan kedua

Jika pemohon masih gagal melihat borang permohonan setelah mengikuti panduan yang telah diberikan, sila rujuk panduan kedua seperti di bawah.

  1. Sila klik pada “Tools” dan pilih Options” :
  2. Satu kotak mesej akan terpapar seperti di bawah. Klik pada “Content” di menu Options. Pastikan “Block pop-up windows” telah bertanda.
  3. Kemudian klik pada butang “Exceptions”. Anda boleh tentukan website mana yang ingin dibenarkan membuka “pop up windows”.
  4. Taipkan alamat “open.bless.gov.my”  dan tekan butang “Allow”.
  5. Website BLESS telah tersenarai sebagai website yang telah di ‘allow pop up windows’.
  6. Klik butang “Close” untuk menutup kotak mesej ini. Sila rujuk skrin di atas.
  7. Klik butang “OK” untuk menutup kotak mesej di atas.
  8. Klik ikon “Fill Up Form”sekali lagi untuk membuka borang permohonan tersebut.
  9. Borang permohonan anda akan dipaparkan. Anda telah berjaya membuka borang di atas talian. Rujuk skrin di atas.

Bahagian Business Licensing Electronic Support System (BLESS),
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),
Aras 5, Setia Perkasa 5, Kompleks Setia Perkasa,
62546 WP PUTRAJAYA

1-300-88-1020

2.937518, 101.704347

bless1.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 1.0)
bless2.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 2.0)

Dasar Privasi || Dasar Keselamatan || Penafian || Hubungi Kami

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Chrome versi 53.0.2785.144, Mozilla Firefox 8.0 dan Internet Explorer versi 8.0 dengan resolusi 1024 X 768

© Hakcipta - Bahagian Business Licensing Electronic Support System (BLESS)