bless1.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 1.0)    |    bless2.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 2.0)
1-300-88-1020
Soalan Lazim (FAQs)
logo
logo

LATAR BELAKANG

Business Licensing Electronic Support System (BLESS)

Merupakan satu sistem digital bersepadu yang dibangunkan bagi memproses lesen-lesen perniagaan persekutuan secara end to end. Inisiatif ini tercetus dari kesukaran yang dihadapi oleh pemohon untuk mendapatkan maklumat pelesenan selain perlu memohon dan mengemukakan permohonan ke pelbagai kaunter dan juga tiada kemudahan bagi memantau status permohonan.
Pada masa ini, sistem BLESS memproses permohonan melibatkan 48 lesen perniagaan Persekutuan bagi 18 Pihak Berkuasa Melesen. Sistem BLESS terbahagi kepada dua (2) aplikasi iaitu BLESS 1 .0 dan BLESS 2.0
BLESS 1.0
Bagi lesen terpilih selain daripada Lesen KPDN
BLESS 1.0 dibangunkan bagi lesen-lesen perniagaan di bawah kawal selia agensi Pihak Berkuasa Melesen (PBM) selain daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
BLESS 2.0
Bagi lesen terpilih agensi KPDN
BLESS 2.0 dibangunkan pada tahun 2017 bagi mendigitalkan lesen-lesen di bawah seliaan KPDN yang merekodkan jumlah transaksi yang tinggi melibatkan 11 lesen dari pelbagai bahagian dan cawangan.
Selain dari mengendalikan lesen-lesen agensi, BLESS juga menyediakan perkhidmatan konsultasi melalui panggilan telefon, kiriman e-mel atau secara walk-in. Disamping itu, sesi latihan juga diadakan kepada agensi selain sesi outreach dan lawatan ke agensi untuk memantapkan penggunaan Sistem BLESS di peringkat agensi.

INISIATIF PEMBANGUNAN BLESS

2007
Cadangan pembangunan BLESS diluluskan melalui Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) pada 30 Mac 2007. 

Pada ketika itu, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah diberikan tanggungjawab untuk membangunkan sistem ini.

PEMBANGUNAN BLESS 1.0
(FASA I)

Januari 2007 - September 2009
Pembangunan lesen perniagaan baharu bagi sektor perkilangan, pembinaan dan perhotelan daripada 45 PBM yang beroperasi di Lembah Klang.

Portal dan Aplikasi BLESS dilancarkan secara rasmi oleh YAB. Perdana Menteri pada 5 September 2008.

PEMBANGUNAN BLESS 1.0
(FASA II dan III)

April 2010 - September 2015
Perluasan sistem ke luar Lembah Klang bagi lesen perniagaan Persekutuan ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

PEMBANGUNAN BLESS 2.0

2017 - 2019
Pembangunan bagi mendigitalkan lesen-lesen di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

PERPINDAHAN BLESS KE KUSKOP

Ogos 2018
BLESS diletakkan di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

PEMBANGUNAN APLIKASI MyBLESS (Versi 1)

Oktober 2021
Aplikasi mudah alih MyBLESS dibangunkan untuk tujuan semakan dan paparan maklumat lesen serta status permohonan lesen di dalam Sistem BLESS dengan lebih pantas

PENINGKATAN APLIKASI MyBLESS (Versi 2)

Julai 2023
Aplikasi mudah alih MyBLESS versi 2 dibangunkan dengan pertambahan modul

BLESS GENERASI BAHARU

2023 - 2028
BLESS dalam usaha menambahbaik sistem dan menyatukan sistem sedia ada kepada platform tunggal 

Bahagian Business Licensing Electronic Support System (BLESS),
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),
Aras 5, Setia Perkasa 5, Kompleks Setia Perkasa,
62546 WP PUTRAJAYA

1-300-88-1020

2.937518, 101.704347

bless1.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 1.0)
bless2.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 2.0)

Dasar Privasi || Dasar Keselamatan || Penafian || Hubungi Kami

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Chrome versi 53.0.2785.144, Mozilla Firefox 8.0 dan Internet Explorer versi 8.0 dengan resolusi 1024 X 768

© Hakcipta - Bahagian Business Licensing Electronic Support System (BLESS)