bless1.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 1.0)    |    bless2.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 2.0)
1-300-88-1020
Soalan Lazim (FAQs)
logo
logo

Rujukan Terma Aplikasi Mobile MyBLESS

Keterangan bagi setiap item pada paparan maklumat permohonan dan maklumat lesen adalah seperti berikut:

Nama Lesen
Nama Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil yang dimohon melalui Aplikasi BLESS.

No. Lesen
Nombor yang dijana atau diberikan bagi Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil yang dimohon melalui Aplikasi BLESS.

No. Serahan BLESS (No. BL)
Nombor yang dijana secara automatik oleh Aplikasi BLESS bagi setiap permohonan Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil yang dihantar melalui Aplikasi BLESS.

Kategori Pemohon
Jenis pemohon yang dibenarkan untuk memohon Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil melalui Aplikasi BLESS. Kategori pemohon ini terdiri daripada:

  1. Individu;
  2. Syarikat;
  3. Perniagaan;
  4. Pertubuhan;
  5. Koperasi; atau
  6. Agensi.

Nama Pemohon
Nama berdasarkan Kategori Pemohon yang melaksanakan permohonan Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil melalui Aplikasi BLESS.

No. Pendaftaran
Nombor bagi entiti organisasi yang didaftarkan berdasarkan Kategori Pemohon, yang digunakan untuk melaksanakan permohonan Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil melalui Aplikasi BLESS. Contoh:

  1. Individu: No. Kad Pengenalan/ Emel/ No. Passport
  2. Syarikat/ Perniagaan/ Pertubuhan/ Koperasi/ Agensi : 123456-W

Jenis Permohonan
Jenis permohonan Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil yang dilakukan melalui Aplikasi BLESS, seperti berikut:

  1. Baru
  2. Pembaharuan Tanpa Pindaan
  3. Pembaharuan Dengan Pindaan
  4. Pindaan
  5. Pembatalan
  6. Cetakan Lesen

Status Permohonan
Status bagi permohonan Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil yang telah dikemukakan melalui Aplikasi BLESS. Terdapat lapan (8) status permohonan seperti berikut:

  1. Sedang Diproses - Permohonan yang dihantar sedang diproses oleh agensi.
  2. Dibatalkan: Ditolak oleh Agensi - Permohonan yang ditolak/ dibatalkan oleh agensi pada peringkat awal permohonan.
  3. Dibatalkan: Permintaan dari Pemohon - Permohonan pembatalan yang dibuat oleh pemohon.
  4. Request to Amend/ Request Feedback - Pegawai pemproses agensi memohon pindaan/ maklumbalas daripada pemohon.
  5. KIV Permohonan - Proses permohonan telah ditangguhkan oleh agensi.
  6. Selesai Diproses - Permohonan yang dihantar telah selesai diproses agensi.
  7. Ditolak - Permohonan yang dihantar telah ditolak oleh agensi di peringkat akhir kelulusan permohonan.
  8. Diluluskan - Permohonan yang dihantar telah diluluskan oleh pegawai agensi.

Tarikh Permohonan Dihantar
Tarikh pemohon menghantar permohonan melalui Aplikasi BLESS.

Tarikh Kelulusan Permohonan
Tarikh permohonan diluluskan oleh agensi.

Status Lesen
Status bagi Lesen/ Permit/ Kelulusan/ Sijil yang dikeluarkan. Terdapat empat (4) status lesen seperti berikut :

  1. Aktif - Lesen berada dalam tempoh kuatkuasa.
  2. Tamat Tempoh - Lesen telah melebihi tempoh kuatkuasa.
  3. Sedang Diproses - Lesen sedang diproses oleh agensi.
  4. Dibatalkan - Lesen telah dibatalkan oleh agensi.

Tarikh Kuatkuasa Lesen
Tarikh lesen mula berkuatkuasa.

Tarikh Luput Lesen
Tarikh tamat tempoh lesen.

Tarikh Maklumat Dikemaskini
Tarikh terkini berdasarkan tindakan oleh agensi.

Bahagian Business Licensing Electronic Support System (BLESS),
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),
Aras 5, Setia Perkasa 5, Kompleks Setia Perkasa,
62546 WP PUTRAJAYA

1-300-88-1020

2.937518, 101.704347

bless1.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 1.0)
bless2.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 2.0)

Dasar Privasi || Dasar Keselamatan || Penafian || Hubungi Kami

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Chrome versi 53.0.2785.144, Mozilla Firefox 8.0 dan Internet Explorer versi 8.0 dengan resolusi 1024 X 768

© Hakcipta - Bahagian Business Licensing Electronic Support System (BLESS)