helpdeskbless@kuskop.gov.my
Soalan Lazim
Mesyuarat Bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Berhubung Pengaktifan Lesen BNG Kelompok 1
Aktiviti BLESS Dikemaskini: 19 Aug 2026

Mesyuarat Bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Berhubung Pengaktifan Lesen BNG Kelompok 1

PUTRAJAYA, 16 Julai 2026 – Bahagian BLESS telah mengadakan Mesyuarat Bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Berhubung Pengaktifan Lesen BLESS Generasi Baharu (BNG) Kelompok 1 bertempat di Bilik Latihan BLESS.

Mesyuarat ini yang turut dihadiri oleh 11 orang pegawai KPDN diadakan bagi menyelaras persediaan dan memastikan pelaksanaan aktiviti pengaktifan lesen BNG Kelompok 1 dapat dilaksanakan dengan lancar.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah berkaitan gerak kerja bagi pengaktifan 14 jenis lesen di bawah KPDN, termasuk penyelarasan proses kerja, pembahagian peranan dan tanggungjawab antara pihak yang terlibat serta semakan terhadap kesediaan sistem BNG.

Selain itu, mesyuarat turut memberi penekanan kepada tindakan susulan yang perlu dilaksanakan oleh setiap pihak bagi memastikan segala persediaan dapat diselesaikan mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan.

Kerjasama erat antara BLESS dan KPDN ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan pelaksanaan BNG, khususnya dari aspek pengurusan dan pemprosesan permohonan lesen dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur dan berkesan.

Hasil mesyuarat ini telah berjaya menyelaras proses kerja, peranan dan tanggungjawab pihak BLESS dan KPDN serta mengenal pasti tindakan susulan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan pengaktifan lesen-lesen ini dapat dilaksanakan mengikut jadual dan perancangan yang ditetapkan.

ALIA Agen Lesen Informasi Anda
Sedia
Hai! Saya Alia. 👋
Alia Orb