Latihan Pembangunan Tenaga Pengajar (PTP) Lesen Jualan Langsung bersama Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
PUTRAJAYA, 15 Julai 2026 – Sesi Latihan Pembangunan Tenaga Pengajar (PTP) bagi Lesen Jualan Langsung anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah berjaya dilaksanakan pada 13 hingga 15 Julai 2026 bertempat di Bilik Latihan BLESS.
Program ini melibatkan penyertaan empat (4) orang pegawai BLESS dan tujuh (7) orang peserta daripada pemilik Lesen Jualan Langsung (JL). Latihan ini dilaksanakan bagi memperkukuh pengetahuan dan kefahaman peserta terhadap fungsi serta modul yang terdapat dalam Sistem BLESS Generasi Baharu (BNG).
Selain memberikan pendedahan berkaitan penggunaan sistem, latihan ini turut memberi penekanan kepada pembangunan kompetensi peserta sebagai tenaga pengajar yang mampu menyampaikan pengetahuan, memberikan tunjuk ajar serta membimbing pengguna dalam penggunaan Sistem BNG secara efektif.
Pelaksanaan latihan ini merupakan antara langkah persediaan bagi memastikan pihak berkepentingan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam menyokong proses peralihan kepada Sistem BNG.
Hasil daripada pelaksanaan PTP ini, diharap supaya tahap kefahaman, keupayaan dan kesediaan pengguna terhadap Sistem BNG dapat dipertingkatkan. Pelaksanaan ini akan menyokong pelaksanaan Sistem BNG yang lebih lancar dan berkesan, di samping memperkukuh kualiti serta kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerjaan.


