Penutupan Sistem BLESS 2.0
Pengumuman Dikemaskini: 18 Sep 2026

Penutupan Sistem BLESS 2.0

Sistem BLESS 2.0 telah ditutup secara berperingkat mulai 7 September 2026. Penutupan ini bertujuan untuk memberi laluan kepada pembangunan dan penaiktarafan Sistem BLESS Generasi Baharu (BNG).

Namun, mulai 7 September 2026, semua urusan bagi lesen berikut hendaklah dibuat melalui Sistem BLESS Generasi Baharu (BNG):

  • Lesen Alat Timbang dan Sukat (ATS)
  • Lesen Jualan Langsung
  • Lesen Wholesale, Retail and Trade (WRT)

Permohonan lesen yang terdapat di BNG adalah seperti berikut:

  • Permohonan Lesen Baharu
  • Pembaharuan Lesen
  • Pindaan Lesen
  • Cetak Semula Lesen
  • Pembatalan Lesen

perlu dimohon melalui Sistem BLESS Generasi Baharu (BNG). Sila layari https://aplikasi.bless.gov.my

Manakala permohonan yang telah dihantar untuk diproses oleh Pihak Berkuasa Melesen akan diteruskan di Sistem BLESS 2.0 sehingga selesai.

Lesen sedia ada yang masih aktif atau telah tamat tempoh (dalam tempoh pembaharuan) boleh disemak melalui Sistem BLESS Generasi Baharu (BNG).

Semua log masuk adalah melalui Sistem BLESS Generasi Baharu (BNG).

ALIA Agen Lesen Informasi Anda
Sedia
Hai! Saya Alia. 👋
Alia Orb