Program Pengukuhan Pasukan Kerja BLESS Generasi Baharu (BNG)
PUTRAJAYA, 17 Januari 2025 – Program Pengukuhan Pasukan Kerja BLESS Generasi Baharu (BNG) telah diadakan pada 17 Januari 2025 bertempat di Anjung BLESS. Program ini melibatkan seramai 20 orang pegawai BLESS.
Program ini diadakan sebagai platform untuk memperkukuh semangat kerja berpasukan, meningkatkan kerjasama serta menggalakkan perkongsian idea dalam kalangan warga BLESS yang terlibat dalam pembangunan BNG.
Antara pengisian utama program adalah perkongsian mengenai Tuckman’s Ladder Model, iaitu model yang menerangkan proses pembentukan dan perkembangan sesebuah pasukan kerja. Model ini menggariskan lima peringkat utama dalam pembangunan pasukan, iaitu Forming (Pembentukan), Storming (Perbalahan), Norming (Penetapan Norma), Performing (Perkembangan Prestasi) dan Adjourning (Penamatan).
Program ini diharap dapat meningkatkan kerja berpasukan dalam kalangan pegawai serta menyumbang kepada pembangunan BNG yang lebih efektif, inovatif dan memenuhi keperluan pengguna selaras dengan usaha BLESS dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

