Satu Mesyuarat Real-Time Payment Platform (RPP) antara Bahagian BLESS dan Bank Islam telah diadakan pada 28 Disember 2023 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama BLESS, KUSKOP. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Noor Lunar binti Md. Salleh selaku Setiausaha Bahagian (SUB) BLESS. Seramai lapan (8) orang wakil pegawai BLESS dan 11 orang daripada agensi yang terlibat iaitu Bank Islam, wakil Bahagian Akaun dan Bahagian Subsidi dan Bekalan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Bahagian Akaun KUSKOP yang turut serta semasa mesyuarat ini. Tujuan mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk melantik payment gateway service provider bagi modul pembayaran dalam talian BLESS 2.0 serta BLESS Generasi Baharu.
Bahagian Business Licensing Electronic Support System (BLESS),
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),
Aras 5, Setia Perkasa 5, Kompleks Setia Perkasa,
62546 WP PUTRAJAYA
1-300-88-1020
2.937518, 101.704347
bless1.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 1.0)
bless2.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 2.0)
Dasar Privasi || Dasar Keselamatan || Penafian || Hubungi Kami
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Chrome versi 53.0.2785.144, Mozilla Firefox 8.0 dan Internet Explorer versi 8.0 dengan resolusi 1024 X 768
© Hakcipta - Bahagian Business Licensing Electronic Support System (BLESS)