BLESS adalah singkatan daripada Business Licensing Electronic Support System.
BLESS adalah perkhidmatan sistem secara atas talian yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan komuniti perniagaan yang ingin memulakan atau menjalankan perniagaan di Malaysia.
Pemohon boleh menghantar dan mengesan permohonan lesen/ kelulusan/ permit di samping membolehkan Pihak Berkuasa Melesen untuk memantau dan meluluskan permohonan melalui fungsi Track & Monitoring.
Terdapat 7 kategori pemohon di dalam sistem BLESS iaitu :
i) ROC - Registrar of Company (Sdn Bhd, Berhad)
ii) ROB - Registrar of Business (Enterprise, Trading, etc)
iii) ROS – Registrar of Society
iv) Koperasi
v) Agensi Kerajaan
vi) LLP – Limited Liability Partnership
vii) Individu
Bagi kategori ROC dan ROB terdapat integrasi bersama SSM e-info dimana pemohon perlu membuat pembelian data syarikat bagi membolehkan data tersebut ditarik masuk ke dalam sistem.
Bagi kategori ROS, Koperasi dan LLP pemohon hanya perlu memasukan data secara manual.