bless1.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 1.0)    |    bless2.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 2.0)
1-300-88-1020
Soalan Lazim (FAQs)
logo
logo

Aplikasi Mudah Alih MyBLESS

Semakan maklumat pelesenan di mana-mana jua, pada bila-bila masa

Muat Turun aplikasi ini secara percuma melalui Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery.

Apa itu MyBLESS?

Aplikasi MyBLESS adalah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Bahagian BLESS, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kemudahan berikut :

  • Menyemak maklumat permohonan dan maklumat lesen yang telah dimohon atau diproses di Sistem BLESS
  • Menyemak pengumuman terkini berkaitan sistem atau aktiviti BLESS
  • Mendapatkan panduan mengenai tatacara atau senarai semak permohonan lesen melalui pautan ke Portal Rasmi BLESS
  • Mendapatkan maklumat mengenai senarai latihan berkaitan Modul BLESS
  • Pautan ke Sistem BLESS 1.0 dan BLESS 2.0

Soalan Lazim

Siapakah yang boleh menggunakan Aplikasi MyBLESS ini?

Terdapat dua kategori pengguna aplikasi iaitu:
1) Semua pengguna yang telah berdaftar dengan Sistem BLESS 1.0 dan BLESS 2.0 dan mempunyai transaksi permohonan lesen.
2) Pegawai Agensi/Pegawai Penguatkuasa yang ingin menyemak maklumat lesen dan status lesen pemohon.

Apakah versi Android atau IOS yang sesuai untuk menggunakan aplikasi ini?

Android Versi 4.1 ke atas dan IOS semua versi.

Adakah pengguna boleh melaksanakan permohonan lesen melalui Aplikasi MyBLESS ini?

Tidak boleh. Aplikasi yang dibangunkan ini hanya untuk tujuan semakan dan paparan maklumat lesen serta status permohonan. Untuk permohonan lesen, sila log masuk ke Sistem BLESS 1.0 atau Sistem BLESS 2.0

Pada ruangan Semakan Pantas, saya telah memasukkan No. Kad Pengenalan dan No. Lesen, tetapi apabila klik Semak, terpapar mesej Rekod tidak ditemui. Mengapa?

Sila pastikan anda memasukkan maklumat yang tepat, seperti mana yang telah direkodkan di Sistem BLESS 1.0 atau BLESS 2.0.

1) Ruangan ID Pemohon - No. kad Pengenalan/ No. Passport/ Emel/ ID Pengguna yang didaftarkan di Sistem BLESS.
2) Ruangan No. Lesen/No. Serahan BLESS - No. Lesen/No. Serahan (BL) yang dijana oleh Sistem BLESS.

Kesilapan memasukkan maklumat pada kedua-dua ruangan ini akan menyebabkan rekod gagal ditemui.

Mengapa saya gagal memuat turun aplikasi ini?

Kemungkinan peranti anda sedang melakukan pengemaskinian (updating) pada aplikasi lain yang menyebabkan Aplikasi MyBLESS gagal/ perlahan untuk dimuat turun. Sila cuba sekali lagi.

Dimanakah saya boleh memuat turun Aplikasi MyBLESS ini?

Aplikasi MyBLESS boleh dimuat turun secara percuma daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store , Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Bahagian Business Licensing Electronic Support System (BLESS),
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),
Aras 5, Setia Perkasa 5, Kompleks Setia Perkasa,
62546 WP PUTRAJAYA

1-300-88-1020

2.937518, 101.704347

bless1.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 1.0)
bless2.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 2.0)

Dasar Privasi || Dasar Keselamatan || Penafian || Hubungi Kami

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Chrome versi 53.0.2785.144, Mozilla Firefox 8.0 dan Internet Explorer versi 8.0 dengan resolusi 1024 X 768

© Hakcipta - Bahagian Business Licensing Electronic Support System (BLESS)

Skip to content