Terdapat dua pilihan cara pembelian data SSM dalam sistem BLESS sama ada melalui online banking atau kad kredit
BLESS 1.0
Pembelian maklumat SSM baharu.
- Daftarkan diri anda dengan BLESS sekiranya belum.
- Dengan menggunakan kata laluan individu tersebut, sila masuk ke dalam aplikasi BLESS.
- Klik tab “Update Profile”.
- Klik sub tab “Organisation Profile”
- Untuk pembelian maklumat baharu, klik butang “Add New”.
- Masukkan nombor pendaftaran syarikat dan pilih jenis organisasi (Company/Business). Isi maklumat organisasi anda yang berkaitan dan klik butang “Create New”.
- Sahkan nama syarikat anda dan teruskan dengan membuat bayaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Amaun bayaran bagi pembelian maklumat syarikat ini adalah tertakluk kepada SSM.
- Sahkan butiran terperinci syarikat anda sebelum meneruskan muat turun butiran maklumat syarikat anda ke dalam BLESS.
Pengemaskinian maklumat SSM sedia ada.
- Daftarkan diri anda dengan BLESS jika belum.
- Dengan menggunakan kata laluan individu tersebut, sila masuk ke dalam aplikasi BLESS.
- Klik tab “Update Profile”
- Klik sub tab “Organisation Profile”
- Untuk mengemaskini maklumat sedia ada, klik pada pautan “Organisation No” yang berkaitan.
- Kemudian klik Update.
- Sahkan nama syarikat anda dan teruskan dengan membuat bayaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Amaun bayaran bagi pembelian maklumat syarikat ini adalah tertakluk kepada SSM.
- Sahkan butiran terperinci syarikat anda sebelum meneruskan muat turun butiran maklumat syarikat anda ke dalam BLESS.
BLESS 2.0
Pembelian maklumat SSM baharu.
- Daftarkan diri anda dengan BLESS jika belum.
- Dengan menggunakan kata laluan individu tersebut, sila masuk ke dalam aplikasi BLESS.
- Klik menu “User Profile” > “Organisation”
- Untuk pembelian maklumat baharu, klik butang “Add”.
- Pilih Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk dropdown Organisation Registration Authority.
- Masukkan nombor pendaftaran syarikat dan pilih jenis organisasi (Company/Business). Isi maklumat organisasi anda yang berkaitan dan klik butang “Save”.
- Sahkan nama syarikat anda dan teruskan dengan membuat bayaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Amaun bayaran bagi pembelian maklumat syarikat ini adalah tertakluk kepada SSM.
- Sahkan butiran terperinci syarikat anda sebelum meneruskan muat turun butiran maklumat syarikat anda ke dalam BLESS.
Pengemaskinian maklumat SSM sedia ada.
- Daftarkan diri anda dengan BLESS jika belum.
- Dengan menggunakan kata laluan individu tersebut, sila masuk ke dalam aplikasi BLESS.
- Klik menu “User Profile” > “Organisation”
- Untuk mengemaskini maklumat sedia ada, tick pada checkbox organisasi yang berkaitan dan klik butang Edit.
- Klik butang Repurchase SSM e-Info.