BLESS menyediakan :
Semua lesen/kelulusan/permit bagi menjalankan perniagaan dalam semua sektor ekonomi di Malaysia boleh dipohon menerusi BLESS.
Ya. Apabila anda telah disambungkan kepada Pelayan Web kami, anda akan dihubungkan dengan halaman daftar masuk BLESS menerusi Lapisan Soket Selamat (secure socket layer). Dalam halaman daftar masuk ini, anda perlu memberikan kami nombor akaun anda (nama pengguna) dan kata laluan bagi maksud pengesahan pengguna.
Pengguna akan menerima notis tentang status permohonan mereka menerusi e-mel apabila agensi mengemaskinikan status sesuatu permohonan. Sistem ini akan menghubungkan pemohon dengan BLESS bagi memudahkan mereka membuat semakan.
Ya. Anda boleh menyimpan borang permohonan yang separuh lengkap.
Tidak. Sebarang perubahan hanya boleh dibuat apabila diminta oleh agensi yang berkaitan.
Boleh. Tetapi anda hanya boleh mendaftarkan butiran peribadi sahaja.
BLESS tidak mengenakan sebarang bayaran pendaftaran. Walau bagaimana pun terdapat bayaran yang dikenakan sewaktu memohon lesen/ kelulusan/ permit tertentu.
Anda boleh menggunakan fungsi pertanyaan dan maklum balas pada maklumat lesen perniagaan yang terdapat di portal. Fungsi ini boleh digunakan oleh pengguna untuk mengemukakan soalan dan menyediakan kemudahan perbincangan antara pemohon dengan agensi. Sila rujuk pada ‘BANTUAN’ bagi mengetahui fungsi ini dengan lebih lanjut.
Langkah 1 : Daftar butiran peribadi dan syarikat anda bagi mewujudkan akaun pengguna BLESS
Langkah 2 : Daftarkan perunding anda (jika perlu).
Langkah 3 : Daftar masuk ke aplikasi utama BLESS untuk memohon lesen berkaitan perniagaan.
Langkah 4 : Klik pada pautan “SUBMISSION” di laman utama dan pilih jenis lesen yang dipohon.
Langkah 5 : Lengkapkan borang komposit dan hantar permohonan secara serentak.
Ya. BLESS menyediakan kemudahan untuk membenarkan pemohon muat naik dokumen sokongan mereka.
BLESS menyediakan gerbang pembayaran atas talian yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi untuk menerima sebarang bayaran yang berkaitan dengan lesen perniagaan. Buat masa ini, BLESS menerima pembayaran secara atas talian menerusi kad kredit Master/Visa atau FPX.Walau bagaimana pun pemohon masih boleh membuat pembayaran secara biasa masih boleh dibuat di agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, dan memasukkan kod transaksi bayaran tersebut ke dalam BLESS bagi tujuan semakan.
Ya. Nama syarikat yang berbeza di bawah pemilik yang sama boleh didaftarkan dalam BLESS.
Ya. Perunding yang sama boleh membuat pendaftaran bagi lebih daripada satu pemilik perniagaan dalam BLESS.
Langkah 1: Daftarkan diri anda dengan BLESS. Sila klik imej “Mohon Lesen Perniagaan Di Sini” yang terdapat di bahagian bawah halaman utama Portal BLESS. Teruskan dengan pendaftaran individu.
Langkah 2 : Dengan menggunakan kata laluan individu tersebut, sila masuk ke dalam aplikasi BLESS.
Langkah 3 : Klik tab “Update Profile”
Langkah 4 :Klik sub tab “Company Profile”
Langkah 5 : Masukkan nombor pendaftaran syarikat anda dan teruskan dengan butang “Update”
Langkah 6 : Sahkan nama syarikat anda dan teruskan dengan membuat bayaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Bayaran bagi pendaftaran ini adalah sebanyak RM 15.90.
Langkah 7 : Sahkan butiran terperinci syarikat anda sebelum meneruskan muat turun butiran maklumat syarikat anda ke dalam BLESS.
Nota : Butiran syarikat anda akan dimaklumkan kepada agensi-agensi berkaitan yang memproses permohonan lesen anda. Anda tidak lagi perlu mengemukakan dokumen syarikat seperti Borang 24 dan Borang 49.
Allow Pop Up Blocker
Jika pemohon masih gagal melihat borang permohonan setelah mengikuti panduan yang telah diberikan, sila rujuk panduan kedua seperti di bawah.
Bahagian Business Licensing Electronic Support System (BLESS),
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),
Aras 5, Setia Perkasa 5, Kompleks Setia Perkasa,
62546 WP PUTRAJAYA
1-300-88-1020
2.937518, 101.704347
bless1.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 1.0)
bless2.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 2.0)
Dasar Privasi || Dasar Keselamatan || Penafian || Hubungi Kami
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Chrome versi 53.0.2785.144, Mozilla Firefox 8.0 dan Internet Explorer versi 8.0 dengan resolusi 1024 X 768
© Hakcipta - Bahagian Business Licensing Electronic Support System (BLESS)