Bagaimanakah cara saya mengemukakan pertanyaan dan maklum balas antara pemohon dengan agensi?

Anda boleh menggunakan fungsi pertanyaan dan maklum balas pada maklumat lesen perniagaan yang terdapat di portal. Fungsi ini boleh digunakan oleh pengguna untuk mengemukakan soalan dan menyediakan kemudahan perbincangan antara pemohon dengan agensi. Sila rujuk pada ‘BANTUAN’ bagi mengetahui fungsi ini dengan lebih lanjut.

Bagaimana saya boleh mendaftarkan syarikat saya dengan BLESS?

  1. Daftarkan maklumat individu dengan BLESS. Sila klik imej “Mohon Lesen Perniagaan Di Sini” yang terdapat di bahagian bawah halaman utama Portal BLESS. Teruskan dengan pendaftaran individu.
  2. Dengan menggunakan kata laluan individu tersebut, sila masuk ke dalam aplikasi BLESS.
  3. Klik tab “Update Profile
  4. Klik sub tab “Company Profile
  5. Masukkan nombor pendaftaran syarikat anda dan teruskan dengan butang “Update
  6. Sahkan nama syarikat anda dan teruskan dengan membuat bayaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Bayaran bagi pendaftaran ini adalah sebanyak RM 15.90.
  7. Sahkan butiran terperinci syarikat anda sebelum meneruskan muat turun butiran maklumat syarikat anda ke dalam BLESS.

Nota :

Bolehkah perunding yang sama membuat pendaftaran bagi lebih dari satu pemilik perniagaan dalam BLESS?

Ya. Perunding yang sama boleh membuat pendaftaran bagi lebih daripada satu pemilik perniagaan dalam BLESS.

Bolehkah syarikat berbeza di bawah pemilik yang sama didaftarkan dalam BLESS?

Ya. Nama syarikat yang berbeza di bawah pemilik yang sama boleh didaftarkan dalam BLESS.

Bolehkah saya mendaftar di BLESS tanpa nombor pendaftaran syarikat?

Boleh. Tetapi anda hanya boleh mendaftarkan butiran peribadi sahaja.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pentadbir Sistem?

Apakah yang dimaksudkan dengan Pentadbir Sistem?

Pentadbir Sistem BLESS atau BLESS System Admin (BSA) ialah ahli pasukan BLESS yang bertanggungjawab dalam mentadbir Sistem Portal BLESS.

Bagaimana hendak menyemak status permohonan lesen?

  1. Klik pada butang “SEMAK STATUS PERMOHONAN” seperti di laman utama portal BLESS https://portal.bless.gov.my
  2. Untuk carian berdasarkan Jenis Organisasi, sila buat pilihan berdasarkan “dropdown list” yang disediakan.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan.
  4. Untuk membuat carian berdasarkan No.Pendaftaran, sila masukkan samada No. Pendaftaran Syarikat atau No. MyKad.
  5. Untuk membuat carian berdasarkan No.Rujukan, sila masukkan nombor serahan BLESS. Contoh: BL2014050246.
  6. Selepas memasukkan maklumat berkaitan, sila klik butang “Hantar”.
  7. Selepas proses penghantaran selesai, status keputusan akan dipaparkan di bahagian bawah halaman.
  8. Sekiranya ingin membuat semakan status permohonan yang lain sila klik butang “Padam”.

Nota:
Pemohon akan menerima notis tentang status permohonan pemohon menerusi e-mel apabila agensi mengemaskini status sesuatu permohonan.

Bolehkah saya memuat naik dokumen sokongan ke dalam BLESS semasa membuat permohonan?

Ya. BLESS menyediakan kemudahan untuk membenarkan pemohon memuat naik dokumen sokongan.

Bolehkah saya membuat perubahan terhadap borang permohonan yang telah dihantar?

Tidak. Sebarang perubahan hanya boleh dibuat apabila diminta oleh agensi yang berkaitan.

Bolehkah saya menyimpan borang permohonan yang tidak lengkap?

Anda boleh menyimpan borang permohonan yang tidak lengkap dengan menekan butang "Save" di bahagian bawah borang

Dimanakah saya boleh menyemak borang permohonan?

Pemohon akan menerima notis tentang status permohonan pemohon menerusi e-mel apabila agensi mengemaskini status sesuatu permohonan.

Bagaimana hendak mengesahkan atau mengaktifkan ID di dalam BLESS?

  1. Sekiranya pendaftaran ID BLESS telah berjaya, pemohon akan menerima satu emel bertajuk “BLESS e-Registration Validation”.
  2. Klik pada pautan laman web yang terpapar. Sekiranya link yang diberi tidak berfungsi (link tidak boleh klik) sila “copy” dan “paste” URL tersebut pada ruangan URL browser dan tekan "enter".
  3. Satu tetingkap baru dengan mesej “Your account has been successfully activated” akan dipaparkan.
  4. Masukkan user ID dan kata laluan. Kemudian tekan butang “Sign In” dan pemohon boleh mula melakukan permohonan lesen.