Adakah saya perlu membuat pembayaran ketika mendaftar di dalam sistem BLESS sekiranya saya mendaftar di bawah akaun individu?
BLESS tidak mengenakan sebarang bayaran pendaftaran. Walau bagaimanapun, terdapat bayaran yang dikenakan sewaktu memohon lesen/ kelulusan/ permit tertentu.
Bolehkah saya mendaftar di BLESS tanpa nombor pendaftaran syarikat?
Boleh. Tetapi anda hanya boleh mendaftarkan butiran peribadi sahaja.
Bagaimana hendak menyemak status permohonan lesen?
- Klik pada butang “SEMAK STATUS PERMOHONAN” seperti di laman utama portal BLESS https://portal.bless.gov.my
- Untuk carian berdasarkan Jenis Organisasi, sila buat pilihan berdasarkan “dropdown list” yang disediakan.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Untuk membuat carian berdasarkan No.Pendaftaran, sila masukkan samada No. Pendaftaran Syarikat atau No. MyKad.
- Untuk membuat carian berdasarkan No.Rujukan, sila masukkan nombor serahan BLESS. Contoh: BL2014050246.
- Selepas memasukkan maklumat berkaitan, sila klik butang “Hantar”.
- Selepas proses penghantaran selesai, status keputusan akan dipaparkan di bahagian bawah halaman.
- Sekiranya ingin membuat semakan status permohonan yang lain sila klik butang “Padam”.
Nota:
Pemohon akan menerima notis tentang status permohonan pemohon menerusi e-mel apabila agensi mengemaskini status sesuatu permohonan.
Bagaimana hendak mendaftar ID BLESS?
- Terdapat 2 platform pendaftaran BLESS aitu BLESS 1.0 dan BLESS 2.0. Sila klik pendaftaran bagi BLESS 1.0 bagi permohonan lesen selain dari lesen di bawah selian KPDN.
- Pemohon perlu membuat pendaftaran dengan menekan pautan to register with BLESS di laman utama portal BLESS
- Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang diminta bagi tujuan pendaftaran akaun BLESS. Masukkan User ID dengan menggunakan No MyKad, nama dan alamat adalah sebagaimana di MyKad kerana BLESS membuat pengesahan identiti dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Pemohon juga perlu memasukkan alamat emel yang aktif kerana segala notifikasi BLESS akan dihantar ke dalam emel pemohon.
- Pastikan mandotary field yang bertanda * lengkap diisi, kemudian tekan butang “submit”
- Pemohon perlu mengaktifkan akaun BLESS terlebih dahulu untuk pertama kali sebelum log masuk ke dalam sistem BLESS
Nota :
BLESS tidak mengenakan sebarang bayaran pendaftaran. Walau bagaimanapun, terdapat bayaran yang dikenakan sewaktu memohon lesen/ kelulusan/ permit tertentu.